Seksyen ini diketuai oleh pegawai G41/44 Jawatan Ibu Pejabat (JIP). Seksyen Forest Eco Park & Hutan Taman Negeri adalah seksyen yang menguruskan 19 Taman Eko-Rimba (TER), tiga (3) Hutan Taman Negeri (HTN), dan semua kawasan -kawasan ekopelancongan dalam Hutan SimpananKekal (HSK) Negeri Kedah. Seksyen ini juga dipertanggungjawabkan dalam menyelaraskan pembangunan infrastruktur dan permohonan permitpenggunaan (rekreasi) bagi setiap kawasan TER, HTN dan kawasan ekopelancongan. Seksyen ini juga akan memastikan semua kawasan tersebut bersih dan mesra pengguna dengan pengurusan pelantikan kontraktor pembersihan dan pemasangan panel interpretasi tujuan pembelajaran kepada pengunjung.
Selain itu, seksyen ini juga turut menguruskan 15 kawasan pendakian yang berstatus HSK di Negeri Kedah. Pada masa yang sama, seksyen ini berfungsi dalam menguruskan Malim Gunung Perhutanan (MGP) Kedah dan sistem iForest bagi pembelian
permit memasuki HSK secara online.