Jabatan Perhutanan Negeri

Jabatan Perhutanan Negeri bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan sumber hutan, pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan pembangunan industri berasas kayu di negeri. Jabatan Perhutanan Negeri dibahagikan kepada Bahagian Operasi Hutan dan Pembangunan Hutan serta disokong oleh Pejabat Hutan Daerah.

Pejabat Hutan Daerah

Pejabat Hutan Daerah bertanggungjawab terhadap pentadbiran, operasi pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan penguatkuasaan undang-undang hutan. Pejabat ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan dan pembangunan hutan termasuk pengurusan forest eco-park dan hutan taman negeri.