Encik Muhamad bin Abdullah

Pengarah Jab. Perhutanan Negeri Kedah

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2024 dan menyinsingnya fajar baru tahun 2025. Masih tidak kelewatan untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada seluruh warga Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) dengan harapan dan doa agar tahun 2025 adalah tahun yang lebih baik daripada tahun 2023 serta berharap seluruh warga JPNK menambah semangat yang luar biasa untuk terus berbakti bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai sektor.Berkesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga JPNK yang telah memberi sokongan padu, komitmen yang tinggi dan kerjasama kepada pentadbiran JPNK dalam mencapai serta menjayakan setiap agenda dan perancangan sepanjang tahun 2025.

Tahun 2025 merupakan tahun terakhir pelaksanaan Malaysia ke sebelas (RMKe-12). Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga JPNK untuk mengorak langkah lebih awal untuk melaksanakan segala perancangan yang tertangguh atau tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh empat (4) tahun sebelum ini dapat dicapai bagi memastikan segala hasrat jabatan dan kerajaan negeri memperoleh output serta outcome yang positif. Sesungguhnya tahun 2024 telah menyaksi pelbagai kejayaan telah  dicapai di peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Saya bersyukur kerana warga JPNK bukan sahaja dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai cabaran sepanjang tahun 2024 malah telah menunjukkan pencapaian prestasi perkhidmatan yang membanggakan walaupun terdapat banyak cabaran dan kekangan yang perlu ditempuhi. Saya percaya kejayaan ini tidak akan terhasil  tanpa kerjasama dan sokongan padu daripada semua warga JPNK.Sumber hutan merupakan aset semulajadi yang terpenting dalam menjamin kestabilan ekosistem dan kesejahteraan alam sekitar serta penyumbang kepada sosial ekonomi Negeri Kedah.

Sehubungan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah akan terus komited dalam memastikan pengurusan hutan di Negeri Kedah dilaksakan sejajar dengan konsep pengurusan hutan secara berkekalan.  

Selamat Tahun Baru 2025

Sekian, terima kasih

PPN tandatangan 1

(MUHAMAD BIN ABDULLAH, AMK., AMP.)