Seksyen Kepelbagaian Sumber hutan yang diketuai oleh Pemelihara Hutan G41/44 adalah bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pemeliharaan kepelbagaian biologi dengan penubuhan dan penyelenggaraan kawasan Hutan Simpanan Dara (VJR), Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemuliharaan Yang Tinggi (HCVF), dan projek projek atau program-program inisiatif bagi tujuan
pemeliharaan rangkaian ekologi Central Forest Spine (CFS). Seksyen ini turut terlibat dalam
i) penyertaan jemputan pameran daripada agensi-agensi luar, menguruskan permohonan kajian dalam HSK;
ii) pengumpulan maklumat bagi Laporan Perangkaan JPSM dan Laporan Tahunan JPSM; dan
iii) pelaporan prestasi perbelanjaan peruntukan bagi projek pembangunan (P23) kepada JPSM.