Seksyen ini yang diterajui oleh Pemelihara Hutan G44 merupakan Unit Silvikultur & Perlindungan Hutan sedia ada yang telah diperluaskan bidang fungsinya. Seksyen ini bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti Rawatan Silvikultur termasuk Bancian Hutan Selepas Tebangan, Tanaman Mengaya, Rawatan Kawasan Lapang, Rawatan Kawasan Terosot, Perhutanan Sosial dan rawatan di dalamHutan Simpanan Kekal. Di samping itu, seksyen ini turut bertanggungjawab dalam mengawalselia Projek Komunikasi dan Kesedaran Awam melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bersama-sama NGO, sekolah, institusi pendidikan
tinggi, dan agensi-agensi lain yang berkaitan.