Pengenalan
Kawasan hutan bernilai pemeliharaan tinggi (HCVF) yang telah diperkenalkan oleh Forest Stewardship Council (FSC) dalam tahun 1999 merupakan Prinsip 9 dalam keperluan pensijilan hutan atau Malaysian Criteria & Indicator (MC&I 2001). Konsep tersebut telah dibangunkan untuk membekalkan satu kerangka bagi mengenalpasti kawasan-kawasan hutan yang mempunyai ciri-ciri menarik dan unik serta bernilai tinggi bagi kepelbagaian biologi meliputi komposisi tumbuhan-tumbuhan flora. FSC telah mengkategorikan HCVF sebagai kawasan hutan yang mengandungi nilai-nilai seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Jenis-jenis kategori HCVF
- Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai kepelbagaian biologi yang signifikan pada peringkat global, serantau dan nasional;
- Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai kepelbagaian biologi pada signifikan pada peringkat global, serantau dan nasional atau hutan pada skala landskap yang besar yang terkandung di dalam FMU atau meliputi FMU itu sendiri, dimana populasi yang viable daripada kebanyakan jika tidak kesemua spesies yang hidup secara semulajadi didapati wujud dalam pola taburan dan kehidupan asalnya;
- Kawasan-kawasan hutan yang berada didalam atau mengandungi ekosistem yang nadir, terancam atau keadaan bahaya;
- Kawasan-kawasan hutan yang menyediakan perkhidmatan asas alam semulajadi dalam keadaan kritikal (Misalnya: Perlindungan tadahan air, kawalan banjir);
- Kawasan-kawasan hutan yang penting dalam membekalkan keperluan asas komuniti tempatan (Misalnya: Sara hidup, kesihatan); dan
- Kawasan-kawasan hutan yang bersifat kritikal kepada identiti budaya tradisi komuniti tempatan (kawasan-kawasan bagi kepentingan-kepentingan Budaya, Ekologi, Ekonomi, atau Keagamaan yang dikenalpasti dengan kerjasama komuniti-komuniti tempatan).
Kawasan hutan HCVF merupakan sebahagian kecil daripada seluruh kawasan hutan, misalnya zon penampan yang melindungi anak sungai yang membekalkan air minuman kepada komuniti tempatan atau satu kawasan ekosistem nadir kecil. Objektif pengurusan kawasan hutan HCVF adalah bagi menyelenggara atau meningkatkan lagi nilai kawasan-kawasan hutan tersebut dengan mengadakan program pemantauan bagi menentukan objektif pengurusan tercapai.
Pemeliharaan Dan Pemantauan
Pemeliharaan dan pemantauan kawasan HCVF yang ketat dan berterusan merupakan komponen penting bagi menentukan kawasan ini dilindungi sepenuhnya daripada sebarang aktiviti pencerobohan atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh menjejaskan fungsi kawasan-kawasan ini ditubuhkan. Langkah-langkah yang telah diambil setakat ini ialah dengan menanda kawasan-kawasan ini atas pelan serta sempadan bagi kawasan-kawasan berikut:
- (Orkid Selipar) Paphiopedilum callosum
- (Kurma Laut) Phoenix paludosa
Kerja-kerja bancian untuk memperolehi maklumat-maklumat mengenai status dirian dan taburan akan dijalankan secara berkala yang meliputi kerja-kerja Mencuci dan Menanda sempadan dua (2) tahun sekali di kawasan tersebut dan Pemantauan kawasan iaitu kekerapan dua (2) kali tiap tahun iaitu bagi kawasan-kawasan yang sesuai mengikut fungsi penubuhannya.
Berikut ialah maklumat berkaitan HCVF di Negeri Kedah :-
Orkid Selipar (Paphiopedilum callosum)
BIL | PERKARA | CATATAN |
1 | Kawasan | Kompt 23, – H.S Gunung Jerai |
2 | Keluasan (Ha) | 1.0 ha |
3 | Tahun Penubuhan | 2013 |
4 | Daerah | Kedah Tengah |
Kurma Laut (Phoenix paludosa)
BIL | PERKARA | CATATAN |
1 | Kawasan | Kompt 4, – H.S Merbok |
2 | Keluasan (Ha) | 1.0 ha |
3 | Tahun Penubuhan | 2013 |
4 | Daerah | Kedah Tengah |
Berikut ialah maklumat berkaitan HCVF di Negeri Kedah :-
HCVF di Kompartmen 23, Hutan Simpan Gunung Jerai | Pengenalan |
Rancangan Pengurusan HCVF Di Kompartmen, Hutan Simpan Gunung Jerai | |
Laporan Bancian Tahun 2022 | |
Laporan Bancian Tahun 2023 | |
HCVF di Kompartmen 4, Hutan Simpan Merbok | Pengenalan |
Rancangan Pengurusan HCVF Di Kompartmen 4, Hutan Simpan Merbok | |
Laporan Bancian Tahun 2022 | |
Laporan Bancian Tahun 2023 |