Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

dan salam sejahtera.

 

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah ini dapat dibangunkan sebagai salah satu medium komunikasi utama jabatan dalam penyampaian maklumat secara langsung.

 

Perkembangan pesat teknologi maklumat menuntut setiap agensi kerajaan untuk lebih proaktif dalam menyampaikan maklumat serta perkhidmatan kepada orang ramai dengan cepat, tepat dan berkesan. Sehubungan itu, laman web ini diharap dapat menjadi platform bagi menyebarkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan, program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh jabatan ini.

 

Jabatan ini komited untuk terus menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan dalam memperkukuh sistem penyampaian awam yang cekap, telus dan berintegriti. Kami juga amat mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada semua pihak bagi membantu kami menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

 

Akhir kata, saya berharap agar laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pengguna sebagai sumber rujukan yang berinformasi dan bermanfaat. Semoga usaha kita bersama ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

 

Sekian, terima kasih.

 

HAJI OTHMAN BIN DERIS, PMP.,BSK.

PENGARAH

JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH