SIJIL MS ISO 9001:2015
PIAGAM PELANGAN
PIAGAM PELANGAN
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
- Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan atau menjalankan kilang berasaskan kayu akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
- Lesen-lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipatuhi.
- Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh masa tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi semua syarat kelulusan.
- Keputusan mengenai permohonan melanjutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasaskan kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima.
- Menghargai maklumat serta maklum balas yang diterima dari orang awam. Semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi tiga (3) hari.
- Memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin serta layanan yang mesra setiap kali.
DASAR KUALITI
DASAR KUALITI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
JPSM adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Dengan pelaksanaan SPK ini JPSM komited dalam memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh pihak yang berkepentingan seperti KATS, Pihak Berkuasa Tempatan dan pelesen. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia percava perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 pada semua peringkat kakitangan dalam melaksanakan SPK yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan. JPSM akan mengenal pasti dari masa ke semasa kelemahan-kelemahan dalam organisasi dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan dengan penglibatan semua tenaga kerja untuk menambah bak secara berterusan SPK di JPSM.
Dasar Kualiti ini menjadi rangka kerja dalam penetapan objektif-objektif kualiti SPK di JPSM. Semua Pengarah Bahagian/Ketua Unit. Pengarah Perhutanan Negeri Pegawai Hutan Daerah dan Pegawai Renj Hutan akan memantau dan mengkaji prestasi sebenar pelaksanaan objektif-objektif kualiti yang telah ditetapkan di bawah bidang tugas serta tanggungjawab masing-masing dan mengambil tindakan segera apabila prestasi pelaksanaan tidak mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF KUALITI
OBJEKTIF KUALITI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
1.Memastikan pembukaan kawasan untuk pengusahasilan hutan tidak melebihi CTT yang ditetapkan;
2.Memastikan aktiviti Penandaandan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja, Inventori Hutan Sebelum Tebangan(Pre-F). Penandaan Pokok, Inventori Hutan Selepas Tebangan(Post-F) dilaksanakan sekurang-kurangnya 80% daripada matlamat fizikal tahunan yang telah ditetapkan
3.Memastikan proses pelaksanaan aktiviti Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) mencapai tahap spesifikasi tidak kurang daripada 90%
4.Memastikan lesen Mengeluarkan Hasil Hutan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipenuhi;
5. Memastikan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan disediakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat tempoh lesen atau tarikh permohonan penutupan lesen daripada pemegang lesen, mengikut mana yang terdahulu;
6.Memastikan 80% daripada latihan/ kursus teras dalam perancangan tahunan JPN yang menyumbang secara langsung kepada Sistem Pengurusan Kualiti JPSM yang dilaksanakan;
7.Semua aduan pelanggan akan dijawab akuan terima dalam masa tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima;
8. Memastikan semua aduan kerosakkan bangunan yang lengkap akan dijawab akuan terima dalam masa lima (5) hari dari tarikh aduan diterima;
9.Memastikan 80% kenderaan diselenggara mengikut jadual:
10.Memastikan 90% peruntukkan baiet pembangunan tahunan dibelanjakan;
11.Mengemaskini maklumat sumber hutan pada setiap suku tahun.
12.Memastikan Pas Pemindah dikeluarkan dalam tempoh 1 jam selepas invois diterima di BPH